Week 19. 1 Jual Emas harga Tinggi. Beli Emas Harga Rendah
Dulu masa saya buat pajak emas, ada satu makcik tanya ar-Rahnu dia nak jual bukan nak pajak. Muka dia Nampak kasihan, tapi apa boleh buat, Ar-rahnu hanya pajak saja. Tak ada beli punya.
Ada juga I dengar kes di mana barang sudah dilelong dan nama anda ada di dalam system computer tertentu di mana pada masa depan, bila anda nak minta loan apa2. Susah nak dapat kalau tak tebus emas anda kat Ar-rahnu. Tapi ini I tak dapat confirm. You orang pandai2 lah cari info dan confirmation kat forum2 di Internet.
Ada jugak I dengar susah nak mencuba nasib untuk beli emas lelong kat Argo Bank dan Bank Rakyat. Jadi macam mana masalah ini dapat diselesaikan supaya pemajak/penjual dapat menjual pada harga yang tinggi dan pembeli dapat membeli dengan harga terendah. Jadi, kita perlu satukan pembeli dan penjual dengan Internet.
Penjual/Pemajak Emas
1. Ambil gambar barang emas. Cantik2 . kalau muka cantik boleh buat sedikit solehkan, pakai barang kemas tersebut, jadi model sendiri sementara, suruh member2 ambil gambar. Kalau gambar cun macam ini
Saya ingat dan pasti harga bidaan mesti tinggi melampau.
2 Sebab U perlu $, pergi pajak kat Ar-Rahnu, dekat2 cukuplah tu. Dapat kan duit dulu tapi bila U taruh kat Bank Rakyat, dia orang charge minimum 1/2 bulan upah simpan + campur petrol , toll etc. = 1% lah. Kalau tinggal berjauhan kat hutan pendalaman, jual saja lah. Untung pun tak cukup petrol.
3 Scan receipt Ar-Rahnu ke dalam komputer. Keluarkan maklumat No kad pengenalan
4 You pergi cuba nasib jual2 kat ebay.com.my, lelong.com.my
Saya sarankan anda supaya taruh kat ebay.com.my dulu lah, tiada yuran buat masa ini. Ingat kat ebay.com.my bukan kat ebay.com. Ebay.com itu kena commission tinggi, tak berbaloi buat masa ini. Anda bolehlah taruh dan ceritakan kisah2 benar anda yang pahit (yang manis jangan taruh). Nanti orang bid tinggi2 kasi sama U. Bagi tau barang itu ada kat Ar-Rahnu, jadi orang confident bukan barang curi dan palsu. COD kat Ar-rahnu. So tak ada masalah lah. Sebab ada security guard bersenapang, ada GK-300 untuk test ketulenan emas, Bank Rakyat boleh lapor polis jika ada pajak barang curi.
5. You boleh taruh auction 7 hari dengan hari permulaan RM140 (harga belian supplier emas terpakai) ataupun buy it now RM150/gram (harga spot emas) pun boleh.
6. Tengok siapa menang, contact email / hp lepas itu. Teman makCik, Nenek, Abang, Adik dan harap2 dinda cantik COD kat Ar-Rahnu.
Tapi, U jangan lah tamak sangat, nanti hilang segala rezeki. Sungguhpun emas itu U pakai 30 tahun, orang memang tak kisahlah tak mau tahu sejarah anda, orang mau harga murah saja. Itu barang agak2 berapa harga, orang tau punya. Kalau tak tahu IT dan komputer, susahlah sikit, suruh kawan2 ataupun saudara-mara tolong ambil gambil, scan resit taruh dalam komputer dan Internet. Memang susah nak suruh saudara pinjam duit kan, jadi pinjamkan sedikit masa untuk anda adalah satu permintaan yang manasabah.
Pembeli
1. Kalau anda adalah pelabur, tiada masalah emas calar, kotor etc. Sebab akhirnya emas itu akan dileburkan juga. Anda Cuma nak dapatkan rezeki perbezaan harga sahaja.
2. Kalau anda adalah pengguna emas, beli untuk sendiri, adik kakak. Sebelum U tolong tebus, tengok emas itu betul2. Tak kan lah U nak pakai emas cacat jadi U kena check ada calar ker dan lain lain.
Adakalanya cincin emas mungkin tak muat jari anda, gelang emas mungkin tak muat tangan anda. Ini susah sikit.
3. You kena tulis satu surat, suruh penjual sign nombor kad pengenalan dan Nama penuh. Surat ini mengatakan yang Penjual telah menjual barang kemas itu kepada pembeli. Di tandatangani oleh kedua2 pihak.
4. Semua resit asal emas itu patut diberikan kepada pemilik baru tersebut.
5. Selesai.
Tak payah lah nangis2 lagi kat ar-rahnu atau kat kedai pajak. Kalau puas hati, bagi feedback +ve kat ebay.com.my dan you pun dapat feedback +ve jugak. Bila you buat beberapa puluh kali dapat kumpul banyak point, you ada reputasi kat Internet, jadi orang pun percaya sama U. Kalau tak puas hati, lepaskan feedback buruk kat ebay lah. Nanti, orang tak ada caya sama U. You tak payah buat business lagi.
Tetapi ini semua hanya satu cadangan sahaja, mungkin berjaya mungkin tidak. Tengok nasib anda. Tiada siapa yang akan tau. Belum cuba belum tahu. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Bila ramai orang buat ini macam, senang lah. Ia akan jadi satu budayalah sehingga institusi2 bagi upah simpan lebih rendahlah. Hihi haha. Don’t wori ada pembeli punya yang sedia menunggu barang cantik dengan harga murah.
Artikel ini tak ada copy-right, you kasi sembarlah ramai2. Tolong orang saja.
Nanti I pikir idea baru dan bagi nasihat lagi di artikel masa depan.
Let have a freer market for gold. This article was written in Malay because most of the pawner I seen is Malay and these enable them to get a better pricing for their product. This article is published earlier as I have something important on Monday.
No comments:
Post a Comment